Maklumat Produk
Penerangan:
Kasut mudah sarung dan tanggal yang dihasilkan menggunakan bahan semula jadi.
Nikmati keselesaan santai dengan kasut adidas Superstar ini. Diinspirasikan daripada rekaan asal, versi ini membolehkan anda menyarung dan menanggalkan kasut dengan mudah sambil memberikan rasa lembut pada tapak kaki. Bahagian atas Adifom serta tapak dalam berlapik memastikan keselesaan sepanjang hari ketika anda menjalani aktiviti harian. Dengan perincian ikonik Superstar seperti hujung kasut bercangkerang (shell toe), kasut gaya mule ini mengekalkan gaya klasik tanpa mengorbankan fungsi.
Produk ini dihasilkan menggunakan sekurang-kurangnya 20% bahan boleh diperbaharui. Peralihan kepada sumber bahan boleh diperbaharui membantu mengurangkan kebergantungan kepada sumber terhad. Bahan boleh diperbaharui dipilih kerana ia merupakan sumber semula jadi yang boleh ditanam dan dihasilkan semula, tidak seperti bahan berasaskan bahan api fosil yang tidak boleh diperbaharui.
Bahan boleh diperbaharui bukan sahaja merangkumi bahan semula jadi, malah bahan bio-sintetik yang menggunakan sumber tumbuhan sebagai bahan asas. Sumber ini diproses secara kimia menjadi bahan perantaraan sebelum ditukarkan kepada bahan sintetik.
Dengan membeli produk ini, anda menyokong pertanian kapas organik regeneratif.
Spesifikasi
Carta Saiz