Maklumat Produk
Penerangan:
'Kasut New Balance yang paling melambangkan identiti New Balance' — frasa itu sudah cukup untuk menjelaskan segalanya, bukan? Sebenarnya tidak. Model 574 mungkin merupakan ikon kami yang paling tidak disangka-sangka. 574 dibina untuk menjadi kasut yang boleh dipercayai dan mampu melakukan pelbagai perkara dengan baik, dan bukannya sebagai platform untuk teknologi revolusioner atau sebagai tempat pameran bahan-bahan premium. Versatiliti yang ringkas dan tidak menonjol inilah yang melonjakkan 574 ke dalam senarai model terbaik sepanjang zaman.
Sebagai reka bentuk hibrid jalan raya/laluan lasak (road/trail) yang dibina di atas acuan kasut yang lebih luas berbanding siluet larian generasi terdahulu yang sempit, 574 menawarkan gabungan unik yang versatil — baharu, berbeza, ringkas, lasak, tahan lama dan selesa — sehinggakan ia diterima sebagai kasut wajib ada di dalam almari pakaian di seluruh dunia. Sebab itulah hari ini, 574 menjadi sinonim dengan gaya New Balance yang merentasi sempadan dan dipakai oleh sesiapa sahaja. Melalui model 574 untuk kanak-kanak ini, inspirasi gaya yang sama dizahirkan dalam saiz yang lebih kecil untuk kaki yang sedang membesar.
Spesifikasi
Carta Saiz